22
Wed, Apr

LANGGAR SYARAT LESEN & SALAH LAKU KRU : VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

PASIR PUTEH, 24 SEPTEMBER – Maritim Negeri Kelantan telah berjaya menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C2 kerana melanggar syarat lesen, kira-kira 4.8 batu nautika dari muara Tok Bali, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, tangkapan dibuat oleh aset penguat kuasa Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan dalam OP NAGA, OP DAMAI dan OP TIRIS.

Vesel terbabit dikesan ketika sedang berlayar pada sekitar pukul 12.30 tengah malam. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lapan orang kru termasuk tekong, yang disyaki merupakan warga Vietnam berumur antara 25 hingga 37 tahun.

Siasatan awal mendapati kesemua kru termasuk tekong tidak memiliki permit kerja yang sah serta dokumen pasport yang meragukan. Vesel tersebut disyaki telah melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 kerana tidak memiliki permit kerja yang sah.

Disamping itu, kru juga didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Hasil laut yang dirampas dianggarkan seberat 5,000 kilogram. Bot, peralatan menangkap ikan, bersama tekong dan kru telah diiringi ke Jeti Maritim Negeri Kelantan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.

 

LANGGAR SYARAT2
 
LANGGAR SYARAT3
 
LANGGAR SYARAT4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON