22
Wed, Apr

MARITIM MALAYSIA BANTU DALAM PROSES PEMINDAHAN MANGSA BANJIR DI PAPAR

PAPAR, 16 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menyediakan bantuan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan mengangkut sebuah bot menggunakan lori milik Agensi ini dari Kampung Sebandil ke Kampung Pedawan bagi memudahkan operasi pemindahan mangsa banjir di kawasan tersebut, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali memaklumkan, agensi itu sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam menangani sebarang bencana, terutama ketika banjir.

“Keutamaan kami adalah memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk terjamin,” katanya.

Melalui kerjasama itu, sekitar 20 hingga 30 mangsa berjaya dipindahkan ke kawasan selamat. Khairulanuar turut menjelaskan, pasukan bantuan Maritim Malaysia akan terus berada di daerah ini sehingga keadaan di sekitar Papar kembali pulih.

 

BANTU PAPAR2
 
BANTU PAPAR3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON