22
Wed, Apr

GUNA KRU ASING TANPA PERMIT, BOT TUNDA LESEN TAMAT TEMPOH DITAHAN MARITIM MALAYSIA

KUCHING. 12 SEPTEMBER – Sebuah bot tunda bersama lima kru warga asing termasuk seorang nakhoda warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak selepas disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, penahanan dibuat pada jam 3.20 petang semalam di kedudukan 10 batu nautika barat laut Tanjung Selalang ketika rondaan OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019.

Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit dikendalikan lima kru berusia antara 21 hingga 30 tahun, termasuk empat warga Myanmar yang tidak memiliki permit sah.

“Bot terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah MSO 1952 kerana lesen tamat tempoh dan gagal mempamerkan dokumen perkapalan.”

“Selain itu, ia juga melanggar Akta Imigresen kerana menggajikan kru warga asing tanpa permit,” jelas beliau.

Bot bersama semua kru ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Maritim Negeri Sarawak dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta prosedur keselamatan di laut bagi mengelakkan risiko insiden tidak diingini.

Sebarang maklumat atau aduan boleh dilaporkan melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 untuk tindakan segera.

 

TUNDA LESEN2
 
TUNDA LESEN3
 
TUNDA LESEN4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON