22
Wed, Apr

LATIHAN KOMUNIKASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SARCOMEX) DUA HALA MALAYSIA – BRUNEI

PUTRAJAYA, 12 SEPTEMBER – Pusat Koordinasi Penyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya dan Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (NSARCC) Brunei hari ini berjaya melaksanakan Latihan Komunikasi Mencari dan Menyelamat (SARCOMEX) dua hala yang berlangsung dari jam 10.00 hingga 11.00 pagi.

Latihan ini bertujuan menguji kecekapan saluran komunikasi dan memperkukuh koordinasi operasi CARILAMAT antara kedua-dua negara, selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan bersama dalam menangani kecemasan di laut.

Senario latihan mensimulasikan sebuah kapal tangki LNG yang hampir tenggelam di perairan Brunei akibat cuaca buruk serta isu pemuatan kargo. Seramai 15 mangsa dilaporkan berada di rakit penyelamat sebelum berjaya diselamatkan melalui kerjasama aset Malaysia dan Brunei.

MRCC Putrajaya diwakili oleh Bintara Kanan Maritim Prakash a/l Palany, Laskar Kanan Maritim Azmi bin Abu dan Laskar Kanan Maritim Lili Estiti binti Mohd Bacuk.

Keseluruhan latihan telah berjalan dengan lancar serta mencapai objektif ditetapkan, sekali gus menegaskan komitmen erat Malaysia dan Brunei dalam memperkukuh keselamatan maritim serantau.

 

SARCOMEX MRCC
 
SARCOMEX MRCC2
 
SARCOMEX MRCC4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON