22
Wed, Apr

OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN, SEORANG MASIH HILANG

KABONG, 11 September – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dua nelayan yang hilang selepas bot karam di perairan Kabong sejak Khamis lalu, ditamatkan semalam setelah pencarian mangsa memasuki hari ketujuh.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos anak Juing berkata, keputusan itu dibuat selepas tiada sebarang petunjuk baharu diperoleh bagi mengesan seorang lagi mangsa, Mohd Aiman bin Tuah, 24 tahun.

“Operasi rasmi ditamatkan petang semalam, namun usaha pencarian tetap diteruskan melalui rondaan rutin oleh aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia),” katanya.

Terdahulu, mayat seorang lagi mangsa, Tuah Bujang, 57, ditemui kira-kira 0.3 batu nautika dari lokasi bot karam pada Sabtu lalu oleh sekumpulan nelayan tempatan yang turut membantu pencarian.

Jasad mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Saratok untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Mahkos turut menyeru komuniti maritim setempat agar terus menyalurkan maklumat sekiranya menemui sebarang petunjuk atau objek mencurigakan di laut sekitar lokasi kejadian.

“Orang ramai diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia yang berhampiran untuk tindakan segera ,” katanya.

 

OP CARILAMAT KABONG2
 
OP CARILAMAT KABONG3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON