08
Tue, Sep

BOT TUNDA DITAHAN DI KUCHING : KESALAHAN DI BAWAH ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR (MSO) 1952

KUCHING, 10 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak telah menahan sebuah bot tunda ketika melakukan rondaan rutin di sekitar perairan Kuching, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi bin Abd Aziz berkata, bot tunda yang ditahan pada pukul 12.30 tengah hari itu telah dilakukan di kedudukan 7.26 batu nautika Utara Kuala Sadong oleh pasukan rondaan Maritim Malaysia dalam OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot itu dikendalikan oleh tujuh kru termasuk nakhoda warga tempatan berumur dalam lingkungan 20 hingga 59 tahun.

Bot tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana lesen bot tamat tempoh, gagal mempamerkan dokumen – dokumen perkapalan dan tidak mengekalkan tanda nama kapal.

Bot berserta kru ditahan dan diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Maritim Negeri Sarawak dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan agar semua komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan atau undang-undang serta prosedur keselamatan di laut bagi mengelak risiko insiden yang tidak diingini berlaku.

Sebarang maklumat, aduan serta insiden kecemasan di laut boleh melaporkannya melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk maklum balas segera.

 

BOT TUNDA KCH
 
BOT TUNDA KCH2
 
BOT TUNDA KCH4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON