22
Wed, Apr

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS B DITAHAN MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 15 OGOS – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas B ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak kerana melanggar syarat sah lesen pada petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, vesel yang menggunakan pukat tunda itu ditahan kira-kira pada jam 4.00 petang dalam Operasi MARDOF di kedudukan 0.7 batu nautika barat Sungai Burung.

Hasil pemeriksaan mendapati vesel berkenaan beroperasi di kawasan larangan, sekali gus melanggar syarat yang ditetapkan dalam lesen.

Selain itu, dua kru warga Indonesia yang berada di atas vesel gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Vesel bersama kesemua kru dan peralatan menangkap ikan telah dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, Shukri turut menegaskan Maritim Malaysia akan terus melaksanakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan menjejaskan sumber perikanan negara.

Beliau turut menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-683 2254 untuk tindakan segera.

 

VESEL NEL PRK
 
VESEL NEL PRK2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON