22
Wed, Apr

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC SEORANG AWAK-AWAK MELECUR

KUANTAN, 13 OGOS – Seorang awak-awak yang melecur di bahagian belakang badan akibat terkena air panas di atas vesel nelayan berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC), di perairan Kuala Endau, Rompin, malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan memaklumkan, kejadian dilaporkan kepada Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Pahang pada pukul 8.25 malam sebelum bot peronda PENGGALANG 14 diatur gerak ke lokasi vesel nelayan berkenaan.

Bot Maritim Malaysia tiba di lokasi pada pukul 9.48 malam dan mengambil mangsa sembilan minit kemudian. Mangsa dikenali sebagai Izzham Fahmy bin Abdullah, 23, kemudiannya dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading dan tiba pada pukul 10.50 malam.

Ambulans yang telah bersedia di jeti kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Rompin untuk rawatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan lanjut.



MEDEVAC MELECUR

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON