22
Wed, Apr

USAHA MENYELAMAT WARGA TURKIYE DITERUSKAN DENGAN BANTUAN SKUADRON SELAM MARITIM MALAYSIA

KUALA TERENGGANU, 4 OGOS – Usaha mencari dan menyelamat seorang warga Turkiye yang dikhuatiri hilang di perairan Pulau Yu, Kuala Terengganu diteruskan hari ini dengan bantuan penyelam dari Skuadron Selam Maritim Malaysia.

Sembilan orang penyelam penyelamat Maritim Malaysia itu dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu operasi pencarian yang memasuki hari ke lima. Keadaan laut yang agak tenang pada pagi ini memberi ruang kepada pasukan penyelam untuk meluaskan kawasan pencarian.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang, Pasukan Selam Maritim Malaysia telah meninjau lokasi kapal layar tersebut disyaki hanyut dengan menggunakan peralatan Remotely Operated Vehicle (ROV).

ROV atau kenderaan kawalan jauh bawah air itu diturunkan ke dasar laut pagi semalam bagi mengesahkan lokasi sebenar bot berkenaan yang dipercayai tenggelam selepas insiden pada 29 Julai yang lalu.

Hasil daripada peninjauan melalui ROV dan penyelam semalam tiada sebarang penunjuk dan penemuan positif di dua lokasi disyaki kapal layar tersebut karam. Kawasan pencarian dalam lingkungan 500 meter persegi dikedudukan 5.12 batu nautika Pulau Yu

Operasi Carilamat Eser Demirkol, 52 tahun diteruskan pada hari ini oleh Pasukan Selam Maritim Malaysia, bersama KM Rawa dan Bot Peronda Penggalang 45.

Kedua mangsa yang selamat Ates Demiroren dan Ahmet Volkan Ata telah dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pagi semalam setelah selesai mendapatkan rawatan.

 

MENYELAMAT TURKIYE3
 
MENYELAMAT TURKIYE4
 
MENYELAMAT TURKIYE5
 
MENYELAMAT TURKIYE6
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON