22
Wed, Apr

LATIHAN SARCOMEX MALAYSIA DAN INDIA PERKUKUH KESELAMATAN MARITIM

PUTRAJAYA, 25 JULAI – Malaysia dan India telah berjaya melaksanakan Latihan Komunikasi Mencari dan Menyelamat (SARCOMEX) dua hala bagi memperkasakan tahap kesiapsiagaan dan koordinasi dalam operasi mencari dan menyelamat maritim (CARILAMAT) sekitar jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.20 petang semalam.

Latihan yang melibatkan Pusat Koordinasi Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya dan MRCC Port Blair, India ini dianjurkan sebagai platform persediaan strategik untuk menghadapi sebarang insiden kecemasan di laut yang memerlukan tindakan bersama kedua-dua negara.

Pasukan MRCC Putrajaya telah diketuai oleh Pegawai Bertugas, Leftenan (M) Mohamad Hasni bin Lizarus, dan turut disertai oleh Leftenan (M) Zamree bin Mohd Noh, Bintara Kanan (M) Prakash a/l Palany, Laskar Kanan (M) Mohd Adha bin Rahmin, serta Laskar Kanan (M) Mohd Amin bin Muslim.

Menurut kenyataan daripada MRCC Putrajaya, keseluruhan proses simulasi SARCOMEX telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Latihan seumpama ini amat penting bagi memastikan kelancaran komunikasi dan interoperabiliti antara agensi penyelamat maritim serantau, selaras dengan komitmen Malaysia untuk menjamin keselamatan di perairan antarabangsa.

Kerjasama berterusan antara Malaysia dan India dalam bidang keselamatan maritim ini dijangka akan terus diperkukuh pada masa hadapan demi keselamatan komuniti maritim global.

SARCOMEX INDIA2
 
SARCOMEX INDIA3
 
SARCOMEX INDIA4

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON