22
Wed, Apr

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS B DITAHAN MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 8 JULAI – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas B ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak kerana melanggar syarat sah lesen, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob memaklumkan, vesel yang menggunakan pukat tunda itu ditahan pada jam sekitar 8.30 pagi pada kedudukan 0.9 batu nautika timur laut Pulau Talang ketika rondaan rutin sedang dilaksanakan di kawasan tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut telah melanggar syarat lesen kerana tidak diusahakan sendiri oleh pemilik serta menggaji kru warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.

“Dua kru warga Myanmar termasuk tekong dan seorang kru warga Thailand yang berada di atas vesel tersebut disyaki tidak memiliki permit kerja serta pas yang sah,” ujar beliau.

Vesel bersama kesemua kru, peralatan menangkap ikan dan hasil laut telah dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Acheh untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, Shukri turut menegaskan Maritim Malaysia akan terus melaksanakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan menjejaskan sumber perikanan negara.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-683 2254 untuk tindakan dan maklum balas segera.

 

VESEL B PERAK2
 
VESEL B PERAK3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON