10
Wed, Jun

KAPAL LATIHAN KCG BADARO BERLABUH DI KLANG : KUKUH HUBUNGAN MARITIM KOREA - MALAYSIA

PELABUHAN KLANG, 7 JULAI – Kapal latihan Korea Coast Guard (KCG) ‘Badaro’, telah berlabuh di Pelabuhan Klang sebagai sebahagian daripada program latihan luar negara “2025 Overseas Training Voyage for New Police Cadets” yang berlangsung dari 7 hingga 10 Julai 2025.

Lawatan ini menandakan kali pertama kapal KCG kembali ke Malaysia sejak tahun 2019, sekali gus mencerminkan hubungan baik secara dua hala di antara Malaysia dan Korea Selatan selepas enam tahun.

Di samping itu, program ini adalah sebagai platform latihan di antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan KCG serta mengukuhkan lagi jaringan kerjasama serantau dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Seramai 121 petugas, termasuk 55 anak kapal dan 66 kadet baharu, terlibat dalam pelayaran ini yang bermula dari Pelabuhan Yeosu, Korea Selatan pada 27 Jun 2025.

Sepanjang empat hari lawatan ke Malaysia, pelbagai program pertukaran kepakaran dan kerjasama telah dirancang melibatkan Maritim Malaysia bersama KCG, di antaranya ialah lawatan ke kapal dan Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Latihan operasi bersama dalam mencegah penyeludupan dadah dan misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT); serta aktiviti perkongsian maklumat dan pemupukan hubungan dua hala antara anggota penguat kuasa.

Lawatan ini sangat signifikan dalam usaha berterusan bagi memperkukuhkan kerjasama strategik di antara Malaysia dan Korea Selatan sebagai rakan strategic serantau dan dijangka acara ini akan dilakukan secara berkala berserta latihan bersama secara bersepadu.

Dalam ucapan semasa majlis sambutan rasmi hari ini, Duta Republik Korea Selatan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Yeo Seung-bae telah menzahirkan penghargaan atas kerjasama erat yang ditunjukkan di antara Maritim Malaysia dan KCG.

“Lawatan ini memberi sumbangan besar kepada usaha mengukuhkan lagi kerjasama di antara Korea Selatan dan Malaysia. Diharapkan menerusi lawatan kapal KCG dan latihan secara bersama ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi hubungan dan operasi bersama di antara kedua-dua negara serta menyumbang kepada keselamatan maritim serantau,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik dan Pengerusi Maritime Institute of Malaysia (MIMA), YBhg. Dato’ Mohamed Suffian bin Awang.

KCG BADARO2
 
KCG BADARO3
 
KCG BADARO5
 
KCG BADARO10

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON