22
Wed, Apr

MAYAT PEMANCING JATUH LAUT DITEMUKAN DI PERAIRAN KUCHING

KUCHING, 6 JULAI — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sarawak mengesahkan, satu penemuan mayat pemancing yang dilaporkan jatuh laut di perairan Pulau Lakei.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Khairi bin Abd Aziz berkata, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching menerima laporan kejadian pada pukul sekitar 10.45 pagi tadi, melibatkan seorang warga lelaki tempatan berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang ketika memancing di sekitar perairan Pulau Lakei, hari ini.

Sejurus menerima maklumat, Maritim Malaysia mengatur gerak Bot PENGAWAL 42 ke lokasi mayat mangsa yang dilaporkan hilang yang telah ditemukan sekitar 12.20 tengah hari tadi.

Mohd Khairi menambah, masyarakat dan komuniti maritim diingatkan agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan ketika turun ke laut terutamanya kesedaran akan kepentingan memakai jaket keselamatan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan sebarang insiden kecemasan atau kejadian jenayah di laut kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak melalui talian 082-432006 atau hubungi talian 999 untuk tindakan segera.

 

PEMANCING JATUH2
 
PEMANCING JATUH3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON