22
Wed, Apr

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, 80 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS

LUMUT, 28 JUN – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) pukat hanyut ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak kerana disyaki melanggar syarat sah lesen selepas dikesan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan iaitu bubu naga, di kedudukan 2.3 batu nautika barat laut Pulau Talang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel berkenaan ditahan selepas pihaknya mengesan pergerakan mencurigakan dan berjaya merampas 80 unit bubu naga ketika rondaan rutin tersebut.

Beliau turut berkata, hasil pemeriksaan mendapati VNT tersebut dikendalikan oleh seorang tekong warganegara Malaysia manakala tiga awak-awak warga Myanmar yang berada di atas vesel tersebut, disyaki tidak memiliki permit atau pas yang sah.

“Pemilik boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985, yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM20 ribu atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

“Manakala awak-awak vesel terbabit akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” jelas beliau.

Vesel bersama kesemua kru, peralatan menangkap ikan dan hasil laut telah dibawa ke Jeti Perikanan Kg Acheh untuk siasatan lanjut.

Shukri dalam pada itu turut menegaskan, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan menjejaskan sumber hasil laut negara.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 2254 untuk tindakan dan maklumbalas segera.

 

VESEL DAN BUBU
 
VESEL DAN BUBU3
 
VESEL DAN BUBU4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON