22
Wed, Apr

ZON MARITIM MERSING LAKSANA MEDEVAC PESAKIT DI PULAU AUR

MERSING, 17 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing telah melaksanakan satu misi pemindahan perubatan (MEDEVAC) melibatkan seorang pesakit wanita dari Pulau Aur jam pukul 5.00 petang, tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada Pegawai Kesihatan Daerah Mersing sekitar jam 1.30 petang, yang memohon bantuan aset Maritim Malaysia bagi membawa pesakit ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut.

“Bot peronda PERKASA 31 telah diatur gerak dalam misi ini dan tiba di jeti Maritim Malaysia Zon Maritim Mersing tepat jam 5.00 petang, jelas beliau lagi.

Pesakit, Azbi binti Abas, 46, dilaporkan mengalami sesak nafas dan telah menerima rawatan awal di Klinik Desa Pulau Aur sebelum dipindahkan menggunakan aset Maritim Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Mersing.

Bot PERKASA 31 terpaksa di aturgerakkan ke lokasi semasa melaksanakan Operasi JAKSA dan Operasi TIRIS 3.0, membuktikan kesiapsiagaan agensi dalam menangani pelbagai tugasan dalam satu masa.

Tindakan pantas ini bukan sahaja menunjukkan profesionalisme tinggi dalam aspek keselamatan dan kecemasan, malah mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam menjaga kebajikan komuniti maritim terutama yang tinggal di kawasan terpencil dan berisiko.

Maritim Malaysia terus menegaskan iltizamnya untuk menjadi barisan hadapan dalam perlindungan perairan negara serta membantu rakyat tanpa mengira waktu mahupun situasi.

 

 

MEDEVAC AUR2
 
MEDEVAC AUR3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON