22
Wed, Apr

TUJUH PEMANCING DISELAMATKAN DALAM INSIDEN BOT KARAM DI TANJUNG PO

KUCHING, 15 JUN — Tujuh pemancing nyaris maut apabila bot yang mereka naiki karam di perairan utara Tanjung Po petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Khairi bin Abd Aziz berkata, kejadian dilaporkan kepada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching pada jam 4.45 petang oleh Lembaga Pelabuhan Kuching, selepas menerima isyarat awal melalui radio daripada kapal dagang MTT Lumut pada jam 4.23 petang.

“Sebuah bot pancing dilaporkan karam kira-kira 10 batu nautika dari utara Tanjung Po. Kesemua tujuh pemancing yang berada di atas bot tersebut berjaya diselamatkan oleh kapal MTT Rajang yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian,” jelas beliau.

Sejurus menerima maklumat, Maritim Malaysia Negeri Sarawak mengatur gerak Bot KILAT 35 ke lokasi pertemuan dengan MTT Rajang untuk mengambil kesemua mangsa dan membawa mereka ke daratan. Mereka tiba selamat di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) pada jam 7.08 malam.

Khairi dalam pada itu turut berkata, insiden ini adalah satu lagi peringatan penting kepada komuniti maritim, khususnya nelayan dan pemancing, agar tidak mengabaikan aspek keselamatan ketika turun ke laut.

“Pemakaian jaket keselamatan, pemeriksaan bot sebelum berlayar dan pemantauan keadaan cuaca adalah langkah asas yang wajib diutamakan. Nyawa tidak boleh diganti,” tegas beliau.

Beliau turut menasihati orang ramai agar segera melaporkan sebarang kecemasan atau kejadian yang mencurigakan di laut kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak melalui talian 082-432006 atau talian kecemasan 999 bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.

 

PEMANCING PO2
 
PEMANCING PO3
 
PEMANCING PO4
 
PEMANCING PO5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON