22
Wed, Apr

VESEL MEWAH ROSAK DI LAUT LANGKAWI, MARITIM MALAYSIA SEGERA HULUR BANTUAN

LANGKAWI, 5 JUN – Sebuah vesel mewah, Osber Star Yacht, mengalami kerosakan ketika berada berhampiran perairan Telaga Marina, sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah menerima panggilan kecemasan melalui talian kecemasan 999 pada pukul 5.25 pagi daripada pemilik vesel, Xia Wai atau lebih dikenali sebagai Mr. Harley, yang melaporkan kerosakan pada kapalnya.

“Bertindak pantas atas maklumat itu, aset Maritim Malaysia iaitu Bot Perkasa 28 segera diatur gerak ke lokasi dan tiba pada pukul 6.55 pagi,” jelas beliau.

Sebaik tiba, pasukan penyelamat mendapati vesel berkenaan telah ditunda oleh sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian, sebelum dibawa bersauh ke kawasan selamat di dalam Telukan Pantai Tanjung Rhu.

“Pemeriksaan kru PERKASA 28 mengesahkan pemilik vesel berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Selepas memastikan semuanya terkawal, aset Maritim meneruskan rondaan di sektor operasi seperti biasa,” tambah beliau.

Maritim Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada komuniti nelayan yang tampil membantu dan menyeru semua pihak agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan ketika berada di laut.

Sebarang insiden, kecemasan atau kegiatan jenayah maritim boleh dilaporkan terus ke talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 untuk tindakan segera.

 

VESEL MEWAH
 
VESEL MEWAH4
 
VESEL MEWAH3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON