22
Wed, Apr

PROGRAM MELARUTKAN ABU AL-QURAN KE LAUT

BATU PAHAT, 22 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat dengan kolaborasi bersama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah melaksanakan Program Melarutkan Abu Al-Quran Negeri Johor di perairan Batu Pahat pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal berkata, pelaksanaan program ini dimulakan dengan bacaan doa dan sesi taklimat ringkas oleh Ustaz Abdul Rahman bin Othman wakil pegawai dari JAINJ.

Program ini juga telah disempurnakan dengan kehadiran dua pegawai daripada JAINJ dan seorang dari Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat serta 12 pegawai dan anggota Zon Maritim Batu Pahat.

Tambah Mohammad Zaini, program yang julung kali diadakan ini melibatkan pelupusan sebanyak 1.7 tan teks Al-Quran yang telah melalui proses pemurnian dan kemudiannya abu tersebut dilepaskan melalui kaedah penenggelaman kira-kira 2.0 batu nautika dari muara Kuala Batu Pahat.

Bot PENGGALANG 1630 dan PETIR 1251 milik Maritim Malaysia telah diaturgerakkan bagi menyempurnakan program ini.

Dalam pada itu Ustaz Abdul Rahman menyatakan, Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang harus dihormati dan perlu dijaga. Terdapat beberapa kaedah khusus yang perlu dilakukan sekiranya ingin melupuskan.

Antara cara pelupusan adalah dengan membakar Al-Quran tersebut di tempat yang sesuai dan abunya dihanyutkan ke dalam air sungai atau air laut yang deras.

Al-Quran juga boleh dibakar dan kemudian abunya ditanam ke dalam tanah atau Al-Quran yang sudah rosak boleh ditanam ke dalam tanah yang tidak dilalui orang atau binatang buas.

Dengan mengambil kira cara terbaik bagi melupuskan Al-Quran, kesemua abu Al-Quran berjaya dilupuskan dengan kaedah penenggelaman di laut bagi memastikan kesucian dan kemuliaan Al-Quran terpelihara.

 

LARUT ALQURAN
 
LARUT ALQURAN2
 

LARUT ALQURAN3

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON