22
Wed, Apr

OPERASI BERSEPADU MARITIM MALAYSIA DAN AADK DI PERAIRAN PANGKOR

LUMUT, 12 MEI – Dua buah bot ronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah melaksanakan operasi bersepadu bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Manjung di sekitar perairan Pangkor, pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, operasi ini dijalankan secara berkala sebagai usaha membanteras penagihan dadah dalam kalangan komuniti nelayan di perairan negeri ini.

“Operasi ini melibatkan 10 anggota Maritim dan 11 pegawai AADK. Ia dilaksanakan hasil risikan dan pemantauan berterusan sejak awal tahun ini,” jelas beliau.

Menurut beliau lagi, operasi tersebut berjaya menahan enam individu tempatan yang disyaki terlibat dalam penagihan dadah. Mereka terdiri daripada enam warga tempatan berusia antara 30 hingga 60 tahun.

Kesemua suspek telah diserahkan kepada pihak AADK untuk siasatan lanjut. Operasi bersepadu ini juga memberi peluang kepada kedua-dua agensi untuk memahami serta mengukuhkan kerjasama antara agensi dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan.

Maritim Malaysia menegaskan bahawa operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan perairan negeri Perak kekal selamat dan bebas daripada sebarang aktiviti jenayah.

Orang ramai, khususnya komuniti maritim, diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6832254.

 

OP BERSEPADU6
 
OP BERSEPADU4
 
OP BERSEPADU2
 
OP BERSEPADU5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON