22
Wed, Apr

NELAYAN MAUT SELEPAS DIPUKUL TALI PUKAT

KUALAU KURAU, 18 APRIL – Seorang awak-awak warga Kemboja maut selepas dipercayai terkena libasan tali papan besi pukat tunda dalam satu kejadian di perairan kira-kira 23 batu nautika barat Kuala Kurau, petang semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Agensi Penguatkuasaan MaritimMalaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau, kejadian tersebut dimaklumkan kepada Pusat Operasi zon berkenaan pada sekitar jam 4.15 petang oleh pemilik bot terbabit yang memaklumkan bahawa salah seorang kru botnya tiba-tiba rebah ketika sedang menarik pukat.

Susulan makluman tersebut, sebuah aset Maritim Malaysia telah segera diatur gerak ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan. Dalam masa yang sama, Pusat Operasi turut menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun begitu, setelah pasukan bantuan tiba di lokasi, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh petugas KKM yang membuat pemeriksaan ke atas mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, termasuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di laut serta segera melaporkan sebarang kecemasan yang berlaku.

Sebarang kejadian boleh dilaporkan terus kepada Pusat Operasi Zon MaritimKualaKurau di talian 05-7279919 atau melalui talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2025 04 19 at 3.52.44 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 04 19 at 3.52.44 PM 2
 
WhatsApp Image 2025 04 19 at 3.52.45 PM
 
WhatsApp Image 2025 04 19 at 3.52.45 PM 1
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON