10
Wed, Jun

LANGGAR SYARAT SAH LESEN, MARITIM NEGERI PERAK TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN

LUMUT, 17 APRIL – Maritim Negeri Perak menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C yang menggunakan pukat tunda sebagai alat menangkap ikan kerana didapati melanggar syarat sah lesen iaitu menjalankan aktiviti perikanan di kawasan larangan, di kedudukan 7.4 batu nautika barat laut Pulau Buloh pada sekitar jam 5.00 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, VNT tersebut dikesan ketika sedang leka menjalankan aktiviti perikanan tanpa menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia di kawasan tersebut.

Pemeriksaan lanjut mendapati, tekong dan awak-awak vesel yang terdiri daripada lima orang warga Myanmar gagal menunjukkan permit dan dokumen pengenalan diri yang sah dan diragui kesahihannya.

Kes ini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki menjalankan aktiviti perikanan di kawasan larangan, serta di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melibatkan awak-awak yang tidak memiliki permit dan dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Vesel, hasil tangkapan, dan peralatan menangkap ikan turut dirampas bagi siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia," kata Shukri.

Maritim Malaysia meningkatkan orang ramai terutamanya komuniti maritim bahawa penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman di perairan negara.

Sebarang maklumat mengenai pelanggaran undang-undang di laut diminta melaporkan segera ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-683 2254 untuk tindakan segera.

 

LANGGAR LESEN2
 
LANGGAR LESEN3
 
LANGGAR LESEN4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON