22
Wed, Apr

RADAS TAMAT TEMPOH, BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DI PERAIRAN BINTULU

BINTULU, 10 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 2.5 batu nautika utara perairan Samalaju sekitar pukul 6.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Operasi Khas Pagar Laut 1/2025, Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot nelayan tempatan yang sedang belayar menuju perairan Bintulu.

Hasil pemeriksaan awal mendapati bot nelayan tersebut dikendalikan oleh lima orang kru warganegara Indonesia termasuk nakhoda yang berumur antara 19 tahun hingga 50 tahun.

Bot nelayan tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta komunikasi Dan Multimedia 1988 iaitu lesen penguntukan radas telah tamat tempoh yang boleh dikenakan hukuman denda.

Bot nelayan tempatan berserta dokumen telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat serta aduan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun insiden kemalangan di laut, boleh menyalurkannya secara terus ke Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254, atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau di talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

 

VNT BINTULU2
 
VNT BINTULU
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON