22
Wed, Apr

GAGAL MEMPAMERKAN DOKUMEN YANG SAH, DUA OFFSHORE SUPPORT VESSEL DITAHAN

MIRI, 13 APRIL - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menahan dua offshore support vessel di kedudukan 9.4 batu nautika barat Tanjung Lobang.

Penahanan itu dibuat atas dua kesalahan iaitu gagal melaporkan pertukaran nahkoda kepada pegawai pelabuhan serta gagal mempamer dan mengemukakan dokumen Domestic Shipping License (DSL) yang sah setelah diperiksa anggota operasi Maritim Malaysia.

Pengarah Zon Maritim, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, offshore support vessel berkenaan telah ditahan pasukan bot ronda Maritim Malaysia dalam OP PERMAI 01/2019, OP NAGA TIMUR, OP TIRIS 3.0 dan OP KHAS PAGAR LAUT di antara pukul 6.25 dan 6.46 petang semalam.

Menurutnya lagi, Offshore Support Vessel itu dikendalikan oleh dua belas kru termasuk nakhoda warga tempatan dan Indonesia berumur dalam lingkungan 32 hingga 63 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Vesel dan kesemua yang ditahan seterusnya diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal melaporkan pertukaran nahkoda kepada pegawai pelabuhan dan gagal mempamer dan mengemukakan Domestic Shipping License (DSL) semasa diperiksa

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan jenayah maritim di sepanjang perairan negara.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan ke Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri di talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432544/082-432016) atau melalui talian bantuan kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

OFFSHORE DITAHAN
 
OFFSHORE DITAHAN3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON