22
Wed, Apr

MARITIM NEGERI KELANTAN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 120 PETI ROKOK

PASIR PUTEH, 10 APRIL – Maritim Negeri Kelantan telah menggagalkan cubaan menyeludup masuk 120 peti rokok putih tidak bercukai pada 8 April lalu.

Menurut Pengarah Maritim Negeri kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, tangkapan kali ini adalah hasil maklumat risikan terdapat sebuah bot pancung bergerak dalam keadaan mencurigakan di sekitar muara sungai Kelantan sekitar jam 4.15 pagi.

Aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Naga 1/2024/ Op Damai/ Op Khas Pagar Laut Dan Op Tiris 3.0telah diatur gerak ke muara Sungai Kelantan dan membuat pencarian di sepanjang sungai kelantan namun tidak menjumpai bot pancung tersebut.

Sekitar jam lebih kurang 06.34 pagi aset Maritim Malaysia telah menemui longgokan kotak berwarna coklat yang dipercayai rokok tidak bercukai kastam di tebing sungai Pengkalan Ekor Pasir Tendong Pasir Mas.

Maritim Negeri Kelantan telah berjaya menahan suspek seorang warganegara malaysia berumur 24 tahun, tujuh buah kenderaan pelbagai model bersama 120 peti rokok putih di tebing sungai Pengkalan Ekor Pasir Tendong Pasir Mas pada jam 8 pagi 8 april 2025.

Pemeriksaan awal dilakukan dikawasan sekitar mendapati lima buah kenderaan yang berisi kotak berwarna coklat yang dipercayai rokok dan 2 buah motosikal berserta dompet yang ditinggalkan.

Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa longgokan kotak ditemui dari dalam tuju kenderaan pelbagai model menjadikan jumlah keseluruhan rokok yang ditemui sebanyak 120 dan kesemuanya telah dirampas.

Anggaran keseluruhan nilai rampasan bernilai kira-kira RM958,500.00 ribu. Kes akan disiasat mengikut akta kastam 1967 seksyen 135 (e) mengangkut dan memindah apa-apa barang berduti, tidak berkastam atau larangan. seorang suspek warganegara Malaysia, kenderaan bersama muatan rokok kemudiannya ditahan dan diiringi ke Maritim Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut.

 

SELUDUP ROKOK
 
SELUDUP ROKOK2
 
SELUDUP ROKOK3
 
SELUDUP ROKOK4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON