22
Wed, Apr

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC BANTU SEORANG KRU VNT HAMPIR PUTUS JARI

LANGKAWI, 6 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis melaksanakan Medical Evacuation (MEDEVAC) bagi memindahkan seorang kru Vesel Nelayan Tempatan (VNT)  yang hampir putus jari hari ini.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi menerima panggilan telefon daripada Encik Yong Kok Meng yang merupakan tekong bot tersebut, memaklumkan seorang kru VNT kelas B hampir putus jari semasa melakukan aktiviti menangkap ikan.

Susulan laporan tersebut, bot PETIR 81 telah diatur gerak ke lokasi dan mengambil mangsa untuk dihantar ke jeti Maritim Malaysia.

Sejurus tiba di jeti, mangsa, Mohd Azri bin Adnan, 40, warga tempatan telah diberi rawatan awal oleh petugas kesihatan dan seterusnya dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk menerima rawatan lanjut.

Sebarang kejadian kecemasan atau aktiviti mencurigakan di laut, boleh dilaporkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah & Perlis di 04-9662750 untuk tindakan segera.

 

SELAMAT JARI2
 
SELAMAT JARI3
 
SELAMAT JARI4

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON