23
Thu, Apr

PELANCONG TERKANDAS DI PULAU RAWA SELAMAT DIPINDAHKAN

MERSING, 21 MAC – Seramai 182 pelancong yang terkandas di Pulau Rawa akibat angin kencang dan laut bergelora berjaya dipindahkan dengan selamat hasil tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin, memaklumkan, operasi pemindahan dilakukan sejurus pihaknya menerima maklumat daripada pengusaha resort di pulau tersebut.

Berikutan itu, aset Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan rutin segera digerakkan ke lokasi dengan kerjasama Pasukan Gerakan Marin (PPM).

“Kesemua pelancong terdiri daripada 137 pelajar Singapore International School (SJII GR6) dan 45 lagi dari pelbagai negara terkandas selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua sehingga 23 Mac 2025. Keadaan ini berbahaya kepada semua bot dan aktiviti laut,” katanya.

Pemindahan pelancong dilakukan menggunakan Feri Bestari 1 milik Syarikat Bluwater dengan diiringi oleh bot ronda Maritim Malaysia dan PPM. Kesemua mereka selamat tiba di Jeti Awam Shahbandar, Mersing, dalam keadaan baik.

Maritim Malaysia menasihatkan orang ramai, khususnya pelancong dan komuniti maritim, agar sentiasa peka terhadap ramalan cuaca dan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sebelum menjalankan aktiviti di laut.

 

MERSING BANTU
 
MERSING BANTU2
 
MERSING BANTU4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON