23
Thu, Apr

ENAM WARGA FILIPINA MANGSA INISDEN VESSEL KARAM DISERAHKAN SEMULA KEPADA PIHAK BERKUASA FILIPINA

SANDAKAN, 19 MAC – Enam warga Filipina yang terselamat dalam insiden vesel karam tiga hari lalu telah diserahkan kembali kepada pihak berkuasa Filipina oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan sempadan Malaysia-Filipina, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain memaklumkan, pihaknya menerima laporan daripada Sandakan Port Control serta Taganak Port Control mengenai sebuah vesel karam di luar had pelabuhan Sandakan pada pukul 7.30 malam, Ahad lalu.

“Sejurus menerima maklumat, operasi menyelamat segera dilancarkan dengan penghantaran Bot HALILINTAR 4 ke lokasi kejadian. Pada pukul 9.00 malam, Bot HALILINTAR 4 tiba dan berjaya menyelamatkan enam mangsa, terdiri daripada lima dewasa dan seorang kanak-kanak berusia antara 11 hingga 45 tahun, kesemuanya warga Filipina,” katanya.

Mangsa-mangsa tersebut dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan pada pukul 11.30 malam untuk rawatan dan tindakan selanjutnya.

Selepas perbincangan dua hala, Maritim Malaysia bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina, termasuk Pengawal Pantai Filipina dan Pegawai Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Perbandaran (MDRRMO), untuk menyerahkan mangsa di perairan sempadan dengan diiringi aset kedua-dua negara.

Penyerahan mangsa berjaya dilaksanakan pada pukul 10.30 pagi semalam di sempadan Malaysia-Filipina dengan disaksikan oleh Naib Datuk Bandar Suraida B. Ibnusali. Kesemua mangsa berada dalam keadaan baik dan telah diambil alih oleh pihak berkuasa Filipina.

Maritim Malaysia tetap komited untuk memastikan keselamatan maritim dan menggesa komuniti pesisir pantai serta para pelaut untuk berhati-hati semasa cuaca buruk dan sentiasa waspada amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

 

FILIPINA PULANG2
 
FILIPINA PULANG3
 
FILIPINA PULANG4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON