22
Wed, Apr

VESSEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, GUNA KRU WARGA MYANMAR TANPA KELULUSAN

MERSING, 17 Mac – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing di perairan Mersing selepas didapati menggajikan seorang kru warga Myanmar tanpa kelulusan sah untuk bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, penahanan dilakukan dalam Ops Jaksa, Ops Tiris dan Ops Khas Pagar Laut setelah vesel berkenaan dikesan berada pada kedudukan 2.2 batu nautika utara Pulau Harimau pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

Tambahnya, kru tersebut juga gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Vesel bersama lima kru termasuk seorang warga Myanmar yang berumur lingkungan 52 hingga 57 tahun telah diiring ke Jeti Maritim Malaysia Pos Teluk Gading untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji warga asing tanpa kebenaran serta kegagalan mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Zon Maritim Mersing menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil bagi mengekang sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara.

 

MERSING VSSL
 
MERSING VSSL2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON