21
Sun, Jun

MARITIM MALAYSIA RAMPAS DADAH DAN AIR KETUM DI SUNGAI BEWOK

KUANTAN, 5 MAC - Maritim Negeri Pahang mematahkan cubaan menyeludup anggaran lebih kurang 134 gram syabu dan 13.5 liter air ketum kira-kira 0.5 batu nautika utara sungai Pulau Bewok, pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, hasil maklumat dari risikan, pasukan peronda Maritim Malaysia semasa menjalankan OP MAKMUR dan OP TIRIS telah mengesan sebuah bot gentian kaca dalam keadaan mencurigakan menuju ke arah Pulau Bewok lebih kurang pukul 2.40 pagi tadi.

Menyedari kehadiran bot peronda yang cuba memintas untuk melakukan pemeriksaan, bot suspek memecut laju menghilangkan diri melalui kawasan cetek di dalam keadaan gelap ke kawasan paya bakau berhampiran.

Pemeriksaan di kawasan kejadian menemui satu plastik bungkusan hitam terapung disyaki telah dibuang ke dalam sungai oleh bot tersebut.

Hasil pemeriksaan lanjut, dalam bungkusan tersebut terdapat 11 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan sembilan botol cecair disyaki air ketum. Jumlah rampasan keseluruhan adalah bernilai kira-kira RM15 ribu.

Semua barangan rampasan dibawa ke Jeti Penerpa Kuantan Slipway untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952.

Maritim Negeri Pahang akan terus meningkatkan lagi tugas pengawasan, rondaan dan penguatkuasaan dari masa ke semasa bagi memastikan sebarang kesalahan dan perlanggaran undang-undangdi laut dapat di banteras agar perairan Pahang sentiasa selamat, aman dan terkawal.

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan 999.

 

 DADAH KUANTAN2
 
DADAH KUANTAN3
 
DADAH KUANTAN4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON