10
Wed, Jun

GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA KEBENARAN, BOT KELAS B DITAHAN

KUALA KURAU, 21 FEBRUARI – Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah vesel nelayan tempatan kelas B bersama tiga warga asing termasuk tekong di kedudukan 7.9 batu nautika barat Kuala Terong, Perak pada jam 1.50 petang semalam.

Vesel terbabit dikesan ketika melakukan aktiviti perikanan dan rutin pemeriksaan telah dilakukan ke atas vesel tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati vesel terbabit dikendalikan oleh tiga orang kru warga Myanmar.

Pemeriksaan lanjut mendapati, vesel terbabit tidak diusahakan sendiri dan menggunakan nelayan asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia selain kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran.

Kesemua nelayan ditahan, vesel dan hasil tangkapan beserta peralatan menangkap ikan turut dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menegaskan agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau (05- 7279919) atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

KURAU PATI3
 
KURAU PATI4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON