22
Wed, Apr

KRU KAPAL WARGA INDIA HILANG DISYAKI JATUH DI PERAIRAN TANJUNG BIN

PONTIAN, 19 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) bagi kejadian seorang kru kapal dagang yang disyaki jatuh laut di kedudukan 1.4 batu nautika tenggara Tanjung Bin pada 17 Februari lalu.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil berkata, kejadian dipercayai berlaku sewaktu kapal dagang tersebut berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pelepas menuju ke Singapura pada hari kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Sandeep, 36, warga India kali terakhir dilihat pada pukul 7.30 petang hari tersebut dengan berpakaian Orange Boilet Suit.

OP CARILAMAT ditumpukan di sekitar lokasi perairan Tanjung Bin dengan kekuatan 44 pegawai dan anggota dengan lima aset laut dan lima aset darat milik Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pontian, Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor serta Bot Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Pihak Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya juga telah berhubung dengan pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia serta pihak berkuasa Singapura sekiranya mangsa dijumpai di sekitar perairan negara jiran.

 

PONTIAN INDIA2
 
PONTIAN INDIA3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON