10
Wed, Jun

CUBAAN MENYELUDUP DADAH BERNILAI RM360 RIBU DIGAGALKAN MARITIM MALAYSIA

PONTIAN, 26 JANUARI – Satu cubaan menyeludup dadah telah digagalkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor lewat pagi semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil berkata, cubaan menyeludup dadah keluar ke negara jiran terbabit digagalkan oleh sepasukan bot ronda Maritim Malaysia ketika melakukan operasi penguatkuasaan sebelum mengesan sebuah bot fiber berwarna biru mencurigakan pada sekitar jam 1.15 pagi semalam di kedudukan 0.5 batu nautika barat laut muara Sungai Rambah, Pontian.

Menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, bot fiber tersebut menuju ke perairan cetek dan kelihatan seorang suspek melarikan diri ke dalam paya bakau meninggalkan bot fiber terbabit.

Ekoran perairan yang cetek, anggota Maritim Malaysia terpaksa memohon bantuan bot Maritim Malaysia yang bersesuaian bagi mengambil dan membawa bot fiber yang ditinggalkan tersebut bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan lanjut menjumpai sebuah beg galas hitam yang mengandungi lima bungkusan dadah seberat lima kilogram disyaki syabu serta satu bungkusan pil seberat 1.2 kilogram disyaki pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM360 ribu.

Turut dijumpai sebuah telefon bimbit dan plastik bungkusan teh cina yang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah tersebut.

Bot fiber berserta enjin dan dadah tersebut telah dirampas dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Sungai Pulai untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Maritim Malaysia Negeri Johor akan meningkatkan rondaan dan pengawasan di kawasan titik panas bagi terus mengekang dan mencegah sebarang penyeludupan barang terlarang termasuk dadah berbahaya sama ada keluar atau masuk ke negeri Johor.

 

DADAH PONTIAN3
 
DADAH PONTIAN2
 
 DADAH PONTIAN4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON