22
Wed, Apr

DENDA HINGGA RM20 RIBU MENANTI PEMILIK 25 SET BUBU NAGA

LUMUT, 17 JANUARI – Pemilik 25 set bubu naga yang dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak berdepan hukuman denda sehingga RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika individu tidak bertanggungjawab itu ditahan atas kesalahan tersebut.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob, memaklumkan bahawa rampasan 25 set bubu naga itu dilakukan sekitar jam 11.45 malam semalam di kedudukan 0.9 batu nautika Timur Laut Pulau Talang, Perak.

Jelas Shukri, operasi tersebut dijalankan selepas pasukan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin mengesan bendera dan pelampung mencurigakan di permukaan air.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 25 set bubu naga bernilai kira-kira RM3,000. Semua peralatan ini telah dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985, kerana penggunaan kaedah penangkapan ikan yang tidak dibenarkan.

Shukri dalam pada itu turut menyeru komuniti maritim dan orang ramai agar mematuhi undang-undang perikanan demi memastikan kelestarian sumber laut negara.

“Kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk membanteras aktiviti perikanan haram. Sebarang pelanggaran undang-undang di laut boleh dilaporkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau talian kecemasan 999,” tambahnya.

Maritim Malaysia komited untuk meneruskan usaha penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara kekal selamat dan lestari, sekaligus melindungi hasil laut untuk generasi akan datang.

 

BUBU PRK3
 
BUBU PRK2
 
BUBU PRK4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON