10
Wed, Jun

NAKHODA TIDAK BERDAFTAR, BOT TUNDA DITAHAN DI PERAIRAN BINTULU

BINTULU, 17 JANUARI – Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda di kedudukan 7.5 batu nautika timur laut Tanjung Kidurong, Bintulu pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan OP PERMAI 01/2019 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot tunda bewarna putih yang sedang dalam pelayaran menuju perairan Bintulu.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot tunda berkenaan dikendalikan oleh tujuh kru warga tempatan dalam lingkungan umur 35 hingga 50 tahun.

Bot tunda itu disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu beroperasi tanpa pemakluman bertulis kepada pendaftar kapal berhubung pertukaran nama nakhoda di dalam sijil pendaftaran.

Bot tunda bersama kru ditahan sebelum diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Zon Maritim Bintulu dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi undang-undang ketika melakukan sebarang aktiviti di laut.

Sebarang maklumat, aduan serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu melalui talian 086-314 254 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

NAKHODA TAK DAFTAR2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON