10
Wed, Jun

OPERASI BERSEPADU MARITIM MALAYSIA DAN AADK, SEORANG DITAHAN POSITIF DADAH

PULAU KETAM, 8 JANUARI – Maritim Negeri Selangor bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Klang menahan seorang lelaki tempatan berbangsa Cina berusia 31 tahun selepas ujian air kencing beliau positif dadah jenis Methamphetamine.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh, berkata kejayaan Operasi Bersepadu ini adalah hasil usaha risikan yang dijalankan selama beberapa minggu oleh kedua-dua agensi.

“Operasi ini bukan sahaja bertujuan menyebarkan kesedaran keselamatan di laut, tetapi juga mengekang aktiviti penyalahgunaan dadah yang telah dikenal pasti berlaku di kawasan perairan tersebut.”

“Kejayaan ini menunjukkan keberkesanan kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan AADK,” jelas beliau.

Operasi yang dilaksanakan di sekitar perairan Pulau Ketam serta beberapa lokasi tumpuan, termasuk sangkar ikan dan bot nelayan dengan melibatkan 14 anggota Maritim Malaysia serta seorang pegawai, bersama empat pegawai dan lima anggota dari AADK.

“Lokasi ini dipilih berdasarkan aduan yang diterima serta hasil maklumat risikan, di mana ia dikenal pasti sebagai kawasan aktif dengan aktiviti yang melanggar undang-undang,” tambah Muhaimin.

Sementara itu suspek terbabit telah direman untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Penagih Dadah (APD) 1983 tahun 2019.

Selain ujian air kencing yang dijalankan pihak AADK, Maritim Negeri Selangor turut mengambil peluang mengedarkan risalah kesedaran keselamatan di laut kepada komuniti maritim di kawasan tersebut.

Kerjasama erat ini diharapkan dapat diteruskan bagi menjamin keselamatan komuniti maritim dan mengekang ancaman penyalahgunaan dadah, khususnya di Negeri Selangor.

PULAU KETAM AADK
 
PULAU KETAM AADK2
 
PULAU KETAM AADK4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON