10
Wed, Jun

PADAH CEROBOH PERAIRAN NEGARA MALAYSIA, 3 VESEL NELAYAN ASING INDONESIA DITAHAN MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 23 DISEMBER – Tiga vesel nelayan asing (VNA) Indonesia ditahan Maritim Negeri Perak kerana menceroboh perairan negara pada Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, vesel terbabit dikesan oleh pasukan operasi KM MALAWALI yang diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Nashrun bin Abdul Ghani di sekitar 24 batu nautika barat laut Pulau Pangkor, Perak petang semalam.

Hasil pemeriksaan awal ke atas ketiga-tiga VNA Indonesia berkenaan mendapati, vesel itu tiada nombor pendaftaran dan disyaki melakukan aktiviti perikanan di perairan Malaysia.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua warga Indonesia yang berasal dari Pantai Labu tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan setiap vesel berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong bersama tiga dalam lingkungan umur 24 hingga 55 tahun.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki menangkap ikan di perairan negara tanpa permit yang sah dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah.

Kru dan vesel ditahan manakala hasil tangkapan beserta peralatan

menangkap ikan disita untuk tindakan lanjut pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

Maritim Malaysia menegaskan, isu pencerobohan nelayan asing di perairan negara tidak sesekali diambil mudah demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia melalui Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

VESEL NELAYAN PRK 2
 
VESEL NELAYAN PRK 3
 
VESEL NELAYAN PRK 4
 
VESEL NELAYAN PRK 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON