10
Wed, Jun

MAYAT MANGSA KRU KAPAL MV RAJ RANI HILANG KETIKA BERSAUH DITEMUKAN

PULAU CAREY, 16 DISEMBER – Seorang kru kapal MV RAJ RANI dilaporkan hilang pada Khamis lalu dipercayai jatuh laut ketika bersauh lebih kurang 1.6 batu nautika barat daya Pulau Carey, Klang.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima emel daripada MRSC Putrajaya memaklumkan kejadian berkenaan. Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) telah diktifkan pada 12 Disember, jam 3.30 petang.

Mangsa Kurmadasu Nookaraju, 25, warga India dilaporkan hilang ketika kapal bersauh disyaki jatuh laut oleh kru kapal yang lain. Kejadian tersebut berlaku sekitar lebih kurang jam 11.50 pagi. Pakaian terakhir mangsa, baju coverall berwarna oren.

Maritim Negeri Selangor menubuhkan Pangkalan hadapan CARILAMAT (PHC) di Peninsular Sailing Club, Pulau Indah, Klang bagi menyelaras operasi CARILAMAT di lokasi. Aset bot Perkasa 36 & Penggalang 31 telah digerakkan ke lokasi pencarian.

Operasi CARILAMAT sepanjang tiga hari melibatkan bantuan aset daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahan Awam (APM). Keseluruhan kawasan sektor pencarian adalah 127 batu nautika persegi sekitar perairan Pulau Carey.

Mayat mangsa telah ditemukan terapung oleh kapal MV Raj Rani lebih kurang jam 6.30 petang pada Jumaat, seterusnya mayat diambil oleh bot Penggalang 31 dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut. Operasi CARILAMAT ditamatkan pada 14 Disember, jam 9.00 malam.

Maritim Malaysia menasihatkan agar komuniti maritim sentiasa peka mengenai keselamatan di laut dan bersiap sedia dengan sebarang kejadian yang tidak diingini di laut bagi mengelakkan kehilangan nyawa serta harta benda.

Maritim Malaysia akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Maritim Malaysia dan meminta orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor melalui talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi secara 24 jam.

 

P CAREY MAYAT 2
 
P CAREY MAYAT 3
 
P CAREY MAYAT 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON