13
Sat, Jun

MAYAT PEMANCING JATUH JAMBATAN KAYU DITEMUKAN

LANGKAWI, 7 DISEMBER - Mayat seorang pemancing warga tempatan yang dilaporkan terjatuh ke laut daripada jambatan kayu sewaktu pulang daripada memancing pada malam Khamis, 5 Disember lepas dilaporkan telah ditemui terapung.

Mangsa yang ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melakukan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) lebih kurang 0.15 Batu Nautika Selatan Jambatan Kayu Wave Breaker pada pukul 6.10, petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kejadian berkenaan dilaporkan oleh adik ipar mangsa melalui panggilan talian kecemasan 999 yang bersama-sama berada di tempat kejadian ketika mangsa terjatuh ke laut.

Adik ipar mangsa memaklumkan beliau cuba menolong mangsa tetapi tidak sempat kerana kejadian berlaku dengan pantas.

Bertindak daripada laporan yang diterima, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengatur gerak aset Maritim Malaysia ke lokasi kejadian untuk melakukan pencarian awal. Turut terlibat dalam pencarian mangsa adalah aset daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta sebuah bot pemancing awam.

Berikutan penemuan mayat pemancing berkenaan, Maritim Negeri Kedah dan Perlis mengingatkan kepada semua orang awam agar tidak melakukan sebarang aktiviti memancing di jambatan berkenaan kerana keadaan jambatan yang daif dan merbahaya.

Orang ramai khususnya komuniti maritim yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan insiden ini boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau MRSC Langkawi di talian 04-9662750 yang beroperasi 24 jam.

 

MAYAT LANGKAWI 2
 
MAYAT LANGKAWI
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON