10
Wed, Jun

MARITIM NEGERI PULAU PINANG BERSAMA RAKAN STRATEGIK LANCAR MISI BANTUAN BANJIR

PULAU PINANG, 2 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK) telah melaksanakan satu program berteraskan khidmat masyarakat iaitu misi bantuan bencana banjir.

Hala tuju program misi ini memberi fokus dalam menyalurkan bantuan berupa makanan dan keperluan asas bagi penduduk terjejas banjir di sekitar beberapa daerah yang terjejas akibat banjir di utara Semenanjung Malaysia.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali bin Kasim, “mangsa banjir ini adalah sebahagian masyarakat yang perlu dibantu terutamanya berkaitan keperluan mereka di saat mereka berhadapan situasi kritikal dengan keadaan cuaca yang tidak menentu”.

Bantuan keperluan asas ini merupakan hasil sumbangan yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar Pulau Pinang. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh penduduk terjejas banjir ketika ini”.

Turut menyumbang tenaga dalam dalam misi kemanusiaan ini adalah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Pulau Pinang, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Sukarela Malaysia (RELA) Negeri Pulau Pinang dan One Hope Charity and Welfare.

Tambah Razali, berdasarkan rekod yang diterima, jumlah mangsa yang terlibat adalah 7,383 orang merangkumi 2,234 keluarga yang berada di 44 Pusat Pemindahan Sementara di Negeri Kedah. Penyerahan bantuan ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga keadaan kembali pulih.

 

 BANTUAN BANJIR PNG
 
BANTUAN BANJIR PNG 2
 
BANTUAN BANJIR PNG 3
 
BANTUAN BANJIR PNG 6
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON