22
Wed, Apr

15 PELAJAR BERSAMA 5 GURU DIBANTU KE SMK TUMPAT UNTUK MENDUDUKI SPM

TUMPAT, 1 DISEMBER – Seramai 15 pelajar dan 5 guru berjaya dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat bagi menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.

Bantuan melibatkan 9 pegawai dan anggota daripada Maritim Malaysia, 3 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan 3 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Operasi turut dibantu dengan penggunaan sebuah lori milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, operasi bantuan diselaraskan oleh PDRM melalui Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dengan mengatur gerak agensi-agensi yang terlibat ke kawasan-kawasan yang memerlukan bantuan.

Pasukan memulakan operasi sekitar jam 9 pagi tadi dengan memastikan pelajar dan guru tiba dengan selamat di sekolah. Kesemua mereka merupakan penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara sekitar Pengkalan Kubor.

Bantuan ini mencerminkan semangat kerjasama antara agensi dalam memastikan akses pendidikan tetap diteruskan, meskipun berdepan cabaran logistik ketika banjir berlaku.

Keadaan semasa cuaca di Tumpat pada hari ini sedikit baik di mana hujan sederhana hanya turun di beberapa tempat. Paras banjir mulai surut namun paras sungai masih dalam kategori bahaya dan banyak laluan masih ditutup untuk kegunaan kenderaan ringan.

Esok, para pelajar akan mula menduduki peperiksan lisan. Semoga pelajar yang menduduki SPM tahun ini berjaya mencapai keputusan cemerlang!

 

BANTU SPM 3
 
BANTU SPM 4
 
BANTU SPM 5
 
BANTU SPM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON