08
Tue, Sep

SAREX LEVEL 3 | PERKASA KESIAPSIAGAAN OPERASI CARILAMAT DEMI KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

KUALA LINGGI, 29 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru, telah melaksanakan Search and Rescue Exercise (SAREX) Level 3 selama dua hari bermula 27 hingga 28 November.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian CARILAMAT Bantuan Bencana, Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim berkata, latihan ini bertujuan mengenal pasti dan menguji kecekapan aset-aset sedia ada pelbagai agensi seperti Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta kepakaran khusus yang dimiliki oleh setiap agensi berkenaan dalam melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT).

Beliau memaklumkan, sempena SAREX kali ini, seramai lebih 163 peserta dan 12 aset darat dan laut daripada pelbagai agensi kerajaan serta swasta, termasuk daripada T.A.G Marine Sdn. Bhd. telah terlibat dan memainkan peranan penting dalam menjayakan latihan ini.

Kepten Maritim Mohd Ariz berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup SAREX Level 3 di sini hari ini.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina binti Thalas serta Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haji Mohd Khairi bin Haji Abdul Aziz.

Senario latihan yang dilaksanakan kali ini membabitkan Bot Tunda yang belayar dari Kuala Linggi International Port (KLIP) menuju ke Sungai Udang Port mengalami kebakaran dan menyebabkan beberapa cedera serta panik yang telah terjun ke laut.

Selain latihan lapangan CARILAMAT, turut dijalankan Taklimat Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan CARILAMAT oleh wakil setiap agensi, dan Table Top Exercise.

Penyertaan pegawai daripada pelbagai agensi telah membolehkan idea serta kepakaran berbeza diselaraskan untuk menyelesaikan kes-kes kecemasan sebenar di masa hadapan.

 

SAREX MLK 17
 
SAREX MLK 2
 
SAREX MLK 5
 
SAREX MLK 7

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON