11
Thu, Jun

PERAIRAN PULAU TALANG DICEMARI BUBU KAMBAN

LUMUT, 22 NOVEMBER – Akibat masih kurang kesedaran, lagi rampasan 26 set bubu naga atau bubu kamban telah dilakukan Maritim Negeri Perak di kedudukan sekitar 0.2 batu nautika dari timur laut Pulau Talang, Perak hari ini.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bubu yang berukuran kira-kira 10 meter panjang setiap satu itu dipasang secara berangkai telah dikesan melalui penemuan bendera yang mencurigakan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia di lokasi pada jam 1.30 petang tadi.

Hasil tinjauan lanjut pasukan operasi mengesahkan, bendera berwarna hijau yang terapung di permukaan air itu diikat pada pancang kayu sebagai penanda kepada bubu naga oleh individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dirampas itu dianggarkan bernilai hampir RM3 ribu dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan dan jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak kurang dua tahun atau kedua-duanya.

Maritim Malaysia akan terus melakukan rondaan dan rampasan ke atas bubu naga di perairan negara serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahi undang-undang.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

KAMBAN PERAK 2
 
KAMBAN PERAK 4
 
KAMBAN PERAK 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON