11
Thu, Jun

MARITIM NEGERI SABAH LUPUS ARAK DIANGGARKAN BERNILAI RM50 RIBU

KOTA KINABALU, 14 NOVEMBER – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah melaksanakan pelupusan barangan ekshibit melibatkan minuman keras pelbagai jenama sebanyak 300 peti dianggar bernilai lebih kurang RM50 ribu.

Pelupusan eksibit telah dilaksanakan menggunakan kaedah musnah (tanam dan buang) di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Kayu Madang, Telipok, Kota Kinabalu. Kerja-kerja pelupusan turut dibantu pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan menyediakan sebuah jentera jengkaut untuk memusnahkan minuman keras berkenaan.

Pengarah Maritim Negeri Sabah Dan Wilayah Persekutuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Bin Che Engku Daik berkata, pelupusan barang eksibit ini dilaksanakan selepas permohonan lucuthak dibenarkan oleh Mahkamah melalui satu perintah rasmi.

Turut hadir menyaksikan pelaksanaan pelupusan tersebut adalah Penolong Pengarah Kanan (Aset & Perolehan) Encik Ryan Solicito, Pegawai KM Ikhlas Leftenan Maritim Abdul Salleh bin Hantar dan beberapa anggota Seksyen Keselamatan.

Program pelupusan barangan ekshibit ini adalah selaras dengan kehendak yang digariskan oleh Arahan Ketua Pengarah (AKP) Bilangan 6 Tahun 2024 : Prosedur Pengurusan Ekshibit Serta Barang-Barang Kes Yang Telah Dilucuthak.

Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program pelupusan ini.

 

LUPUS ARAK
 
LUPUS ARAK 2

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON