11
Thu, Jun

SEBUAH VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, LANGGAR SYARAT LESEN

TANJUNG MANIS, 31 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Tanjung Manis dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C atas kesalahan melanggar syarat lesen dalam satu operasi bersama iaitu OP MARDOF, pada pukul 8.05 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak anak Numpang berkata, vesel nelayan itu dikesan dan ditahan ketika melakukan kesalahan menangkap ikan di kedudukan 3.7 batu nautika dari Tanjung Pasir Mas.

Hasil pemeriksaan mendapati, vesel terbabit dikendalikan oleh seorang tekong bersama lima kru yang kesemuanya warga tempatan dalam lingkungan umur 17 hingga 50 tahun.

Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

Tekong dan kru bersama vesel ditahan, manakala hasil tangkapan ikan campur yang dianggarkan seberat 4,500 kilogram dirampas dan diserahkan kepada pegawai siasatan untuk tindakan lanjut.

Operasi MARDOF kali ini disertai oleh lima pegawai dan anggota Zon Maritim Tanjung Manis dan empat anggota Jabatan Perikanan Malaysia.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis melalui talian 011-35728765 atau NG 999 untuk maklum balas segera.

 

TG MANIS LESEN 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON