LAHAD DATU, 23 OKTOBER – Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali terus perkasa jalinan kerjasama bersama rakan strategik melalui pelaksanaan empat Kunjungan Hormat dalam minggu ini.
Terdahulu, kunjungan telah dilaksanakan ke atas Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor bin Sanjos , Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr Jamaluddin bin Mohd Ali, Pengarah Jabatan Laut Wilayah Sabah (Lahad Datu), Tuan Hatikullah bin Ahmad Ong dan Pegawai Pemerintah Markas Operasi, Pasukan Polis Marin Lahad Datu, SUPT Rohizan bin Hj Mohamad Saaid.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform perbincangan yang terbaik dalam mengeratkan hubungan antara agensi di samping pemakluman berkenaan Pengarah Zon Maritim Lahad Datu yang baharu.
Turut dibincangkan pada kunjungan hormat tersebut adalah pandangan mengenai inisiatif pembangunan stategik Pejabat Maritim Lahad Datu dan pengukuhan kerjasama dalam program sukan dan kemasyarakatan bersama-sama komuniti maritim.
Pihak Zon Maritim Lahad Datu merakamkan setinggi penghargaan atas kesudian menerima kunjungan pada kali ini. Majlis diakhiri dengan simbolik penyerahan cenderahati oleh kedua-dua pihak dan sesi bergambar.













