22
Wed, Apr

MARITIM NEGERI KELANTAN DAN POLIS MARIN DIRAJA THAILAND TINGKATKAN KERJASAMA MELALUI OPERASI BERSAMA

TUMPAT, 8 SEPTEMBER – Maritim Negeri Kelantan bersama Royal Thai Marine Police telah melaksanakan satu operasi rondaan bersama di sekitar perairan sempadan Malaysia-Thailand.

Operasi yang bermula pada pukul 9 pagi itu telah melibatkan lebih 50 orang pegawai dan anggota yang turut disertai oleh para pegawai dan anggota dari Thai Border Patrol Police, Thai Army Border serta Thai Custom Department.

3 buah aset Maritim Negeri Kelantan iaitu bot PERKASA 1232, PERKASA 1233 dan PERKASA 1247 bersama sebuah bot peronda dari Royal Marine Thai Police telah digunakan sepanjang operasi tersebut.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Mariitm Erwan Shah bin Soahdi berkata, Operasi rondaan bersama ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan secara berkala setiap tahun bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama diantara Maritim Negeri Kelantan dengan agensi-agensi sahabat dari negara Thailand yang turut menguatkuasakan undang-undang di perairan sempadan.

Selain itu, Operasi ini juga bertujuan untuk menjadi salah satu platform bagi kesemua agensi yang terlibat untuk berkongsi maklumat, meningkatkan koordinasi, dan mengukuhkan hubungan dua hala dalam usaha untuk memastikan keamanan dan keselamatan perairan sempadan dan komuniti maritim dari kedua-dua negara sentiasa terjaga.

Pemeriksaan terhadap vesel-vesel yang beroperasi di sekitar kawasan perairan sempadan turut dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta langkah-langkah keselamatan ketika dilaut sentiasa dipatuhi.

 

TUMPAT OP 12 
 
TUMPAT OP 2
 
TUMPAT OP 5
 
TUMPAT OP 8
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON