22
Wed, Apr

EKSESAIS SAMUDERA PERKASA BARAT | FINAL PLANNING CONFERENCE MUKTAMADKAN KEPERLUAN DAN LATIHAN

PORT DICKSON, 7 SEPTEMBER – Sebagai penetapan akhir pelaksanaan Eksesais Samudera Perkasa Barat 7/24, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melaksanakan sesi Final Planning Conference (FPC) selama empat hari bermula 2 hingga 5 September lalu.

Timbalan Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony berkata, jawatankuasa bersama FPC iaitu Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memuktamadkan keperluan logistik dan jenis latihan yang akan diadakan nanti.

Tambah beliau, pada sesi berkenaan kedua-dua pihak turut bersetuju bagi memutuskan tema Eksesais kali ini ialah “Pengenalan Peperangan Maritim dan Pengukuhan Pengoperasian CARILAMAT”.

Beliau berkata demikian semasa hadir merasmikan Majlis Penutup Final Planning Conference (FPC) sempena Eksesais Samudera Perkasa Barat 7/24 di sini pada Khamis.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPM Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor serta Asisten Ketua Staf Perancangan dan Kontigensi Markas Pemerintahan Armada Barat, TLDM Kepten Ahmad Nazri bin Bahari bertindak selaku Pengerusi bersama FPC pada kali ini.

Pada ucapan yang sama Vincent turut memaklumkan, Eksesais ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan kerjasama antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam semua aspek sama ada operasi bersama atau semasa berhadapan krisis peperangan.

Katanya lagi, Eksesais ini turut menjadi medan bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala pasukan keselamatan yang berperanan menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara.

Beliau dalam pada itu turut memberikan peringatan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam Eksesais ini agar menitikberatkan aspek keselamatan serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa melaksanakan latihan yang telah ditetapkan.

Terdahulu Vincent memaklumkan FPC merupakan kesinambungan Initial Planning Conference (IPC) yang telah berlangsung pada Mei lalu sebelum Eksesais berkenaan dilaksanakan pada 23 sehingga 30 September nanti di Perairan Selat Melaka.

Bakal dihoskan oleh TLDM, Eksesais ini bertujuan memperkenalkan prosedur peperangan maritim dan melatih tatacara penembakan di laut.

Selain itu, Eksesais ini bakal menjadi medan bagi melatih dan menilai kerjasama Maritim Malaysia dan TLDM dalam melaksanakan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT).

Eksesais ini juga bakal menilai keberkesanan struktur Command, Control & Communication (C3) selain memperkukuhkan pengoperasian bersama aset Maritim Malaysia dan TLDM.

 

EMPB LUMUT 4
 
EMPB LUMUT 3
 
EMPB LUMUT 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON