22
Wed, Apr

ANGGOTA KM ARAU DAPATKAN RAWATAN SEGERA IBU HIDAPI KANSER

KOTA KINABALU, 6 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan W.P Labuan telah membantu meringankan beban anggotanya Laskar Kanan Maritim Mohd Shahir bin Hussin bagi membawa ibu beliau ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Beliau yang kini berkhidmat di KM ARAU telah memohon bantuan untuk membawa pulang ibu mertuanya, Puan Jameyah binti Jelani yang menghidap penyakit kanser ovari ke kampung halaman di Ipoh, Perak berikutan rawatan yang diterima tidak menunjukkan sebarang perkembangan malah semakin kritikal.

Terdahulu Puan Jameyah telah dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas setelah mengadu sakit di bahagian perut dan setelah menjalani pemeriksaan beliau telah disahkan mengidap kanser ovari.

Berikutan itu, pihak Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan telah berusaha untuk membantu anggota berkenaan dengan mendapatkan bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi membawa pesakit dengan menggunakan pesawat pengangkut A400 dari No. 8 Skuadron.

Turut mengiringi adalah Mejar Dr Haseena, seorang pegawai perubatan dari Institut Perubatan Penerbangan serta Shahir selaku ahli keluarga beliau.

Pesawat yang berlepas lebih kurang pukul 3.50 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) telah selamat mendarat lebih kurang pukul 6.30 petang di Pangkalan Udara Subang.

Maritim Malaysia berterima kasih dengan bantuan yang diberikan oleh pihak TUDM yang jelas sangat komited bagi memberikan komitmen tinggi dalam memenuhi keperluan kebajikan masyarakat.

Turut hadir di KKIA adalah Timbalan Pengarah Keselamatan Negeri, Leftenan Maritim Ahmad Syafiq bin Abdul Hamid.

 

IBU KM ARAU 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON