KEMAMAN, 4 SEPTEMBER – Offshore Maritime Search and Rescue Exercise (SAREX-OMSAR 2024) memasuki fasa ketiga Field Training Exercise (FTX) yang dilaksanakan di Kemaman Supply Base serta Perairan Kuala Kemaman.
Latihan dijalankan membabitkan senario pertembungan dua buah kapal sehingga menyebabkan berlaku letupan dan mengakibatkan ramai krew kapal cedera serta tumpahan minyak yang agak besar.
Latihan berskala besar ini melibatkan sebanyak 380 peserta daripada 24 agensi kerajaan serta swasta.
Sebanyak 33 aset membabitkan 19 aset darat, satu aset udara serta 12 aset laut digerakkan seperti mana situasi sebenar bagi memastikan setiap aset yang digerakkan mempunyai keupayaan dalam operasi menyelamat skala besar (Mass Rescue Operation).













