22
Wed, Apr

DUA VNT KELAS A DITAHAN BERASINGAN DI PERAIRAN PERLIS

KUALA PERLIS, 4 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis menahan dua Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas A di kedudukan berasingan iaitu 7.56 dan 4.66 batu nautika dari barat daya Kuala Sanglang, Perlis pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, meskipun rondaan kerap dilakukan namun aktiviti menangkap siput secara haram masih giat dilakukan walaupun dalam keadaan gelap demi mengaut keuntungan.

Jelas Mohd Hashim, penahanan dibuat ketika bot ronda Maritim melaksanakan rondaan OPS AMAN di sekitar perairan Perlis. Kedua-dua tangkapan mempunyai taktik yang sama iaitu melakukan aktiviti menangkap siput retak seribu dalam keadaan gelap dan ini menyebabkan pukat-pukat yang dipasang nelayan tempatan rosak dan mengalami kerugian yang banyak.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan mendapati, bot masing-masing dikemudikan oleh seorang tekong dan empat orang awak-awak warga tempatan berumur 35 hingga 52 tahun bagi tangkapan pertama dan empat orang lagi awak-awak juga merupakan warga tempatan berumur 42 hingga 65 tahun bagi tangkapan yang kedua.

Kedua-dua buah bot nelayan tersebut yang berpangkalan di Kuala Kedah disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) kerana melanggar syarat lesen serta Seksyen 11 (3) (c) kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Hasil keseluruhan kedua-dua tangkapan dianggarkan bernilai lebih RM200 ribu. Kedua-dua tangkapan bersama-sama 10 Orang Yang DiSyaki (OYDS) diiringi ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia sentiasa mengambil maklum terhadap aduan awam berhubung sebarang pelanggaran undang-undang yang berlaku di laut dengan memperhebatkan rondaan serta pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa.

Maritim Malaysia juga meminta kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian kecemasan NG999.

 

SIPUT JOHOR
 
SIPUT JOHOR 2
 
SIPUT JOHOR 4
 
SIPUT JOHOR 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON